Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - China dan Vietnam dilaporkan telah mencapai kata sepakat berhubung cara terbaik menguruskan wilayah yang menjadi pertikaian antara kedua-dua belah pihak di Laut China Selatan.
Perkara itu didedahkan seorang diplomat kanan China di sini hari ini.
Kedua-dua negara sebelum ini bertelagah mengenai kawasan perairan tersebut yang menjadi laluan kargo bernilai lebih AS$3 trilion (RM12.68 trilion) setiap tahun.
Pertemuan antara Menteri Luar bagi kedua-dua negara pada Ogos lalu bagi membincangkan perkara itu juga terpaksa dibatalkan susulan isu penempatan tentera serta pembinaan kemudahan berkaitan di pulau yang menjadi pertikaian di kawasan perairan itu.
Hubungan tersebut bagaimanapun cuba dipulihkan semula September lalu apabila pemimpin China memberitahu Vietnam bahawa kedua-dua pihak sebenarnya berkongsi ‘matlamat yang sama’.
Menguatkan lagi dakwaan tersebut, Menteri Luar China, Wang Yi pula dijangka bertemu beberapa pegawai kanan Vietnam di Hanoi minggu ini.
“Mereka (China dan Vietnam) akan mencapai satu persetujuan yang penting,” kata Timbalan Menteri Luar China, Chen Xiaodong yang turut memaklumkan mengenai kehadiran Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam pada minggu berikutnya. – Reuters
4 November 2017 - 13:53
News ID: 864520
China dan Vietnam dilaporkan telah mencapai kata sepakat berhubung cara terbaik menguruskan wilayah yang menjadi pertikaian antara kedua-dua belah pihak di Laut China Selatan.